22 Jun 2010

12 zodiak

KUmpulan Diri Anda

Tahun lahir Lelaki Perempuan
1970 T T
1971 B T
1972 T B
1973 T B
1974 B B
1975 B B
1976 B T
1977 B T
1978 T B
1979 T T
1980 B T
1981 T B
1982 T B
1983 B B
1984 B B
1985 B T
1986 B T
1987 T B
1988 T T
1989 B T


1990 T B
1991 T B
1992 B B
1993 B B
1994 B T
1995 B T
1996 T B
1997 T T
1998 B T
1999 T B
2000 T B
2001 B B
2002 B B
2003 B T
2004 B T
2005 T B
2006 T T
2007 B T
2008 T B
2009 T B

*T =TIMUR B = BARAT

07 September 2009

ELEMEN..WARNA..& KEHIDUPAN

Warna sebenarnya memainkan peranan didalam kehidupan kita. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menjana tenaga dan perasaan anda dengan geometri alam. Kali ini saya akan menerangkan warna-warna yang sesuai mengikut elemen (Api,Tanah,Emas, Pokok dan Air) anda.

Nombor juga memainkan peranan dalam kehidupan kita dan ada nombor yang sebenarnya sesuai dengan kita.Ianya juga bergantung kepada elemen individu itu sendiri..

Mengenai kehidupan pula, manusia sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Timur dan Kumpulan Barat.Sekiranya anda melihat dunia dari luar angkasa, kehidupan manusia sebenarnya banyak di arah timur dan barat. Oleh itu, dalam geometri alam elemen-elemen tadi membentuk kepada dua kumpulan.

AIR
Warna yang sesuai : BIRU, HITAM, PUTIH & EMAS
Nombor yang sesuai: 1,6 & 7

TANAH
Warna yang sesuai : KUNING, COKLAT, MERAH & UNGGU
Nombor yang sesuai: 5,2,8 & 9

EMAS
Warna yang sesuai : PUTIH, EMAS, KUNING & COKLAT
Nombor yang sesuai: 6, 7, 2, 5 & 8


API
Warna yang sesuai : MERAH, UNGGU, HIJAU, HIJAU MUDA
Nombor yang sesuai: 9,3 & 4



POKOK
Warna yang sesuai : HIJAU, HIJAU MUDA, BIRU & HITAM
Nombor yang sesuai: 3,4 & 1

03 Ogos 2009

pagi ahad...




Assalamualaikum...
Sepatutnya pagi ini saya berada di Perlis untuk memenuhi jemputan rakan baik saya di Kg Che Ok, Simpang Empat. Tapi tiket untuk ke utara telah habis ditempah, terpaksa saya menunggu minggu hadapan untuk ke sana.Pagi ini saya membaca akhbar seperti biasa, apabila terbaca ruangan Ekspresi Metro Ahad rasa terkejut bercampur bimbang menyelubungi diri. Artikel itu bertajuk Letusan Anak Krakatoa.Serba sedikit saya coretkan info mengenai artikel tersebut.
Gunung berapi yang terletak di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera ini pernah meletus pada tahun 1883 hingga meragut mangsa paling ramai iaitu 36,000 orang. Dikatakan tahap letupan ketika itu 13,000 lebih kuat daripada Little Boy, bom atom buatan Amerika Syarikat yang digugurkan di Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Masyarakat kini bimbang letupan itu akan berulang kerana ia bukan sahaja memuntahkan lahar, tapi turut menyebabkan berlakunya tsunami. Ombak besar yang disebabkan oleh batu-batuan yang jatuh ke dalam air laut di sekelilingnya meragut lebih banyak nyawa.
Selepas Krakatoa lenyap lenyap dan tenggelam ke dalam laut selepas meletus, sekali lagi ia mengganas dengan ramai yang menjadi mangsa dilaporkan terkorban akibat gas beracun yang menyelubungi kawasan sekitar gunung berapi itu.
Anak Krakatoa mula membesar ditempat gunung asal sejak 1972. Ia menjadi semakin tinggi akibat muntahan lahar dari pusat kawahnya yang menjadi lapisan tanah yang utuh.Pada November 2007, ia bergegardan meletup denagn kuat tapi kembali reda selepas itu, menyebabkan penduduk menyangka mereka terlepas daripada bencana.
Namun tahun ini, ia bergegar kembali. Letupannya sungguh kuat hingga menyebabkan langit bercahaya dan kawasan itu dilanda ribut.
Membaca artikel itu menyebabkan kebimbangan menyelubungi diri. Adakah akan berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi ataupun tsunami seperti yang saya ceritakan sebelum ini, sama-samalah kita tunggu dan lihat.Pada mereka yang banyak terlibat dengan aktiviti pantai baik d Malaysia atau pun di mana jua berhati-hati lah. Apa pun yang terjadi, kita perlulah mengambil ikhtibar serta berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian kita. Sesungguhnya semuanya adalah ketentuan dari
Illahi...

23 Julai 2009

MUNGKINKAH TERJADI...

Assalamualaikum kawan...

Bertemu lagi kita,rasanya sudah lama saya tidak menulis di blog ini kerana kesibukan tugas di luar. Hanya dapat membalas pertanyaan diruangan shoutbox sahaja.

Kawan..
Hari ini saya akan huraikan tentang mengapa saya katakan mungkin tsunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi mungkin akan berlaku. Hari ini ialah Khamis 23 Julai 2009 bersamaan 1 Syaaban 1430 dan juga bersamaan dengan 2 hb 6 mengikut kalender Cina.Dan bermula dari semalam hinggalah 59 hari mendatang berkemungkinan berlaku perkara-perkara besar. Semalam 1 hb 6 (kalender Cina) telah berlaku gerhana matahari yang boleh di lihat dengan jelas. Bermula di awal pagi hinggalah kesannya ke petang.Mungkin anda akan fikirkan ia hanya kebetulan kerana berlaku gerhana matahari atau mungkin kerana mungkin faktor jerebu? atau mungkin anda tidak kisah dengan segala yang berlaku di sekeliling anda.. Apapun sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan kita semua dari segala malapetaka.

Mengikut perkiraan “Flying Star” (bintang terbang) tahun ini adalah Bintang Api yang akan bertukar ke Bintang Air. Apabila pertukaran Bintang Api ke Air akan berlaku perkara-perkara yang besar di bumi ini. Bulan 6 dan 7 dan mengikut kalender Cina adalah elemen emas. Elemen emas adalah seteru bagi elemen api. Berkemungkinan Elemen Api akan bertindak ke atas kedua-dua bulan tadi kerana pertentangan antara mereka.Inilah kemungkinan yang saya ramalkan. Namun begitu semuanya adalah penentuan dari Allah jua..

Untuk saya jelaskan lebih lanjut, bimbang jika anda tidak faham kerana ia memerlukan ilmu asas dalam geometri alam. Untuk lebih memahaminya jangan lupa sertai kelas Geometri Alam.
Sekian...

07 Julai 2009

MUNGKIN TSUNAMI MELANDA SEMULA

Tahun ini adalah tahun api mengikut kalender Cina. Pertukaran antara bintang api ke bintang air akan menyebabkan keadaan bumi dalam keadaan tidak stabil.. entahlah sukar untuk saya huraikan bagi anda.. andai ada masa dan kesempatan lagi akan saya huraikan satu persatu.

Bagi bulan Ogos & September ini, kita perlulah hati-hati kerana mungkin tsunami akan melanda dunia dan mungkin juga berlaku letusan gunung berapi. Apapun ia hanyalah pengiraan saya sahaja. Apa pun yang berlaku dan akan berlaku adalah dari ketentuan Yang Maha Esa...terima kasih

17 Jun 2009

ELEMEN KITA

PENGIRAAN IKUT KUA BAGI DIRI


1. Lelaki : 100 – Tahun lahir (dua nombor terakhir) ÷ 9 = baki
2. Perempuan : Tahun lahir (dua nombor terakhir) – 4 ÷ 9 = baki
3. Jika pengiraan tiada baki = Kuan Lee (selatan)


KUA INDIVIDU BAKI / BINTANG ELEMEN KUA INDIVIDU


1 Air Khan (Utara)
2 Tanah Khun (Selatan Barat)
3 Pokok Chen ( Timur)
4 Pokok Shin (Selatan Timur)
5 Tanah Kun (L) Ken (P)
6 Emas Chein (Barat Utara)
7 Emas Tui (Barat)
8 Tanah Ken (Timur Utara)
9 Api Lee (Selatan)

Nota : Sebelum 4 Februari dikira elemen tahun sebelumnya.


KEDUDUKAN BAGI 8 ARAH MATA ANGIN

Rumah
( 1 ) Khan : Utara menghadap Selatan
( 2 ) Khun : Barat Selatan menghadap Timur Utara
( 3 ) Chen : Timur menghadap Barat
( 4 ) Shin : Selatan Timur menghadap Barat Utara
( 5 ) Tengah : bahagian tengah
( 6 ) Chien : Barat Utara menghadap Timur Selatan
( 7 ) Tui : Barat menghadap Timur
( 8 ) Khen : Timur Utara menghadap Selatan Barat


Nota : Kedudukan dikira menghadap pintu besar


Contoh: Pintu besar menghadap Timur = Kua Tui (Barat)
Pintu besar menghadap barat = Kua Chen (Timur)