07 September 2009

ELEMEN..WARNA..& KEHIDUPAN

Warna sebenarnya memainkan peranan didalam kehidupan kita. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menjana tenaga dan perasaan anda dengan geometri alam. Kali ini saya akan menerangkan warna-warna yang sesuai mengikut elemen (Api,Tanah,Emas, Pokok dan Air) anda.

Nombor juga memainkan peranan dalam kehidupan kita dan ada nombor yang sebenarnya sesuai dengan kita.Ianya juga bergantung kepada elemen individu itu sendiri..

Mengenai kehidupan pula, manusia sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Timur dan Kumpulan Barat.Sekiranya anda melihat dunia dari luar angkasa, kehidupan manusia sebenarnya banyak di arah timur dan barat. Oleh itu, dalam geometri alam elemen-elemen tadi membentuk kepada dua kumpulan.

AIR
Warna yang sesuai : BIRU, HITAM, PUTIH & EMAS
Nombor yang sesuai: 1,6 & 7

TANAH
Warna yang sesuai : KUNING, COKLAT, MERAH & UNGGU
Nombor yang sesuai: 5,2,8 & 9

EMAS
Warna yang sesuai : PUTIH, EMAS, KUNING & COKLAT
Nombor yang sesuai: 6, 7, 2, 5 & 8


API
Warna yang sesuai : MERAH, UNGGU, HIJAU, HIJAU MUDA
Nombor yang sesuai: 9,3 & 4



POKOK
Warna yang sesuai : HIJAU, HIJAU MUDA, BIRU & HITAM
Nombor yang sesuai: 3,4 & 1

03 Ogos 2009

pagi ahad...




Assalamualaikum...
Sepatutnya pagi ini saya berada di Perlis untuk memenuhi jemputan rakan baik saya di Kg Che Ok, Simpang Empat. Tapi tiket untuk ke utara telah habis ditempah, terpaksa saya menunggu minggu hadapan untuk ke sana.Pagi ini saya membaca akhbar seperti biasa, apabila terbaca ruangan Ekspresi Metro Ahad rasa terkejut bercampur bimbang menyelubungi diri. Artikel itu bertajuk Letusan Anak Krakatoa.Serba sedikit saya coretkan info mengenai artikel tersebut.
Gunung berapi yang terletak di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera ini pernah meletus pada tahun 1883 hingga meragut mangsa paling ramai iaitu 36,000 orang. Dikatakan tahap letupan ketika itu 13,000 lebih kuat daripada Little Boy, bom atom buatan Amerika Syarikat yang digugurkan di Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Masyarakat kini bimbang letupan itu akan berulang kerana ia bukan sahaja memuntahkan lahar, tapi turut menyebabkan berlakunya tsunami. Ombak besar yang disebabkan oleh batu-batuan yang jatuh ke dalam air laut di sekelilingnya meragut lebih banyak nyawa.
Selepas Krakatoa lenyap lenyap dan tenggelam ke dalam laut selepas meletus, sekali lagi ia mengganas dengan ramai yang menjadi mangsa dilaporkan terkorban akibat gas beracun yang menyelubungi kawasan sekitar gunung berapi itu.
Anak Krakatoa mula membesar ditempat gunung asal sejak 1972. Ia menjadi semakin tinggi akibat muntahan lahar dari pusat kawahnya yang menjadi lapisan tanah yang utuh.Pada November 2007, ia bergegardan meletup denagn kuat tapi kembali reda selepas itu, menyebabkan penduduk menyangka mereka terlepas daripada bencana.
Namun tahun ini, ia bergegar kembali. Letupannya sungguh kuat hingga menyebabkan langit bercahaya dan kawasan itu dilanda ribut.
Membaca artikel itu menyebabkan kebimbangan menyelubungi diri. Adakah akan berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi ataupun tsunami seperti yang saya ceritakan sebelum ini, sama-samalah kita tunggu dan lihat.Pada mereka yang banyak terlibat dengan aktiviti pantai baik d Malaysia atau pun di mana jua berhati-hati lah. Apa pun yang terjadi, kita perlulah mengambil ikhtibar serta berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian kita. Sesungguhnya semuanya adalah ketentuan dari
Illahi...

23 Julai 2009

MUNGKINKAH TERJADI...

Assalamualaikum kawan...

Bertemu lagi kita,rasanya sudah lama saya tidak menulis di blog ini kerana kesibukan tugas di luar. Hanya dapat membalas pertanyaan diruangan shoutbox sahaja.

Kawan..
Hari ini saya akan huraikan tentang mengapa saya katakan mungkin tsunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi mungkin akan berlaku. Hari ini ialah Khamis 23 Julai 2009 bersamaan 1 Syaaban 1430 dan juga bersamaan dengan 2 hb 6 mengikut kalender Cina.Dan bermula dari semalam hinggalah 59 hari mendatang berkemungkinan berlaku perkara-perkara besar. Semalam 1 hb 6 (kalender Cina) telah berlaku gerhana matahari yang boleh di lihat dengan jelas. Bermula di awal pagi hinggalah kesannya ke petang.Mungkin anda akan fikirkan ia hanya kebetulan kerana berlaku gerhana matahari atau mungkin kerana mungkin faktor jerebu? atau mungkin anda tidak kisah dengan segala yang berlaku di sekeliling anda.. Apapun sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan kita semua dari segala malapetaka.

Mengikut perkiraan “Flying Star” (bintang terbang) tahun ini adalah Bintang Api yang akan bertukar ke Bintang Air. Apabila pertukaran Bintang Api ke Air akan berlaku perkara-perkara yang besar di bumi ini. Bulan 6 dan 7 dan mengikut kalender Cina adalah elemen emas. Elemen emas adalah seteru bagi elemen api. Berkemungkinan Elemen Api akan bertindak ke atas kedua-dua bulan tadi kerana pertentangan antara mereka.Inilah kemungkinan yang saya ramalkan. Namun begitu semuanya adalah penentuan dari Allah jua..

Untuk saya jelaskan lebih lanjut, bimbang jika anda tidak faham kerana ia memerlukan ilmu asas dalam geometri alam. Untuk lebih memahaminya jangan lupa sertai kelas Geometri Alam.
Sekian...

07 Julai 2009

MUNGKIN TSUNAMI MELANDA SEMULA

Tahun ini adalah tahun api mengikut kalender Cina. Pertukaran antara bintang api ke bintang air akan menyebabkan keadaan bumi dalam keadaan tidak stabil.. entahlah sukar untuk saya huraikan bagi anda.. andai ada masa dan kesempatan lagi akan saya huraikan satu persatu.

Bagi bulan Ogos & September ini, kita perlulah hati-hati kerana mungkin tsunami akan melanda dunia dan mungkin juga berlaku letusan gunung berapi. Apapun ia hanyalah pengiraan saya sahaja. Apa pun yang berlaku dan akan berlaku adalah dari ketentuan Yang Maha Esa...terima kasih

17 Jun 2009

ELEMEN KITA

PENGIRAAN IKUT KUA BAGI DIRI


1. Lelaki : 100 – Tahun lahir (dua nombor terakhir) ÷ 9 = baki
2. Perempuan : Tahun lahir (dua nombor terakhir) – 4 ÷ 9 = baki
3. Jika pengiraan tiada baki = Kuan Lee (selatan)


KUA INDIVIDU BAKI / BINTANG ELEMEN KUA INDIVIDU


1 Air Khan (Utara)
2 Tanah Khun (Selatan Barat)
3 Pokok Chen ( Timur)
4 Pokok Shin (Selatan Timur)
5 Tanah Kun (L) Ken (P)
6 Emas Chein (Barat Utara)
7 Emas Tui (Barat)
8 Tanah Ken (Timur Utara)
9 Api Lee (Selatan)

Nota : Sebelum 4 Februari dikira elemen tahun sebelumnya.


KEDUDUKAN BAGI 8 ARAH MATA ANGIN

Rumah
( 1 ) Khan : Utara menghadap Selatan
( 2 ) Khun : Barat Selatan menghadap Timur Utara
( 3 ) Chen : Timur menghadap Barat
( 4 ) Shin : Selatan Timur menghadap Barat Utara
( 5 ) Tengah : bahagian tengah
( 6 ) Chien : Barat Utara menghadap Timur Selatan
( 7 ) Tui : Barat menghadap Timur
( 8 ) Khen : Timur Utara menghadap Selatan Barat


Nota : Kedudukan dikira menghadap pintu besar


Contoh: Pintu besar menghadap Timur = Kua Tui (Barat)
Pintu besar menghadap barat = Kua Chen (Timur)

01 Jun 2009

TANGGUNG JAWAB MANUSIA KAJI RAHSIA ALAM

Allah SWT menyeru manusia supaya mengkaji, meneroka dan menyelidik rahsia alam ciptaannya secara sistematik. Ia begitu nyata sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Ghaasyiyah ayat 17-20: "Tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan gunung-ganang, bagaimana ia ditegakkan?. Dan keadaan bumi, bagaimana ia dihamparkan?"

Berdasarkan ayat itu, sememangnya menjadi tugas dan tanggung jawab manusia mengkaji rahsia alam ciptaan Allah SWT selaras dengan matlamat-Nya menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Allah SWT juga memuliakan mukmin yang suka mengkaji ciptaan-Nya dengan mengelarkan mereka sebagai Ulul Albab.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya pada kajian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allh SWT) bagi orang yang berakal." (Ali-Imran, ayat 190)

Jika diteliti isi kandungan Al-Quran, kita dapati bilangan ayat yang membicarakan mengenai sains dan teknologi melebihi 750 manakala yang berkaitan hukum tidak melebihi 150, tetapi alangkah ruginya umat Islam akhir zaman ini kerana mereka tidak lagi mengambil berat mengenai usaha menguasai sains dan teknologi. Di mana silapnya?

Ulama Islam terawal adalah tokoh terbilang dalam menguasai ilmu sains dan teknologi seperti Al-Hawarizmi yang juga pakar matematik, Al-Khinzi dan Al-Hazimi, pakar fizik Muslim, Ibnu Sina, tokoh perubatan, Al-Biruni, ahli kaji bintang dan imam Az-Zahrawi yang juga mencipta peralatan perubatan.

Malangnya umat Islam hari ini, ketinggalan dalam ilmu sains dan teknologi sebaliknya dijajah, ditindas, dihina malah dilabel sebagai pengganas dan berbagai tohmahan negatif.

Jesteru, jika kita mahu umat Islam menjadi maju, kita perlu melipat gandakan usaha untuk menambah lagi bilangan saintis di negara ini.Oleh itu Muslimin, khususunya ibu bapa diseru mengambil berat dengan memberi kefahaman dan memupuk minat anak mempelajari ilmu sains dan teknologi kerana mereka adalah aset negara pada masa depan.

Ini selaras dengan gesaan Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 20: "Katakanlah: mengembaralah kamu di muka bumi serta lihatlah bagaimana Allah SWT memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya, kemudian Allah SWT akan mula menciptakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya, Allah SWT maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Bangsa Melayu, khususnya umat Islam, perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu sains dan teknologi kerana ia satu daripada cabang ilmu dalam Islam dan menguasainya adalah satu kefarduan.

(petikan teks ruangan Pedoman Metro Ahad 31 Mei 2009)

29 Mei 2009

IMPAK KEPADA KEHIDUPAN SEHARIAN

*Pertanian dan penentuan musim penanaman dan penyemaian melalui cerapan dan pemahaman konsep pergerakan matahari dan bulan untuk perikanan.

*Navigasi di lautan dan penentuan pasang surut air laut dan arah pelayaran (melalui pemahaman gerakan matahari, bulan dan planet). Ianya perlu difahami sekiranya instrumentasi moden gagal.

SENI BINA: Reka bentuk bangunan untuk mencapai penjimatan tenaga.

KELANGSUNGAN KEHIDUPAN MANUSIA: pemahaman mengenai asteroid boleh membantu kita mengenali ciri-ciri asteroid yang mungkin akan melanggar bumi.

BUMI: kaitan pergerakan objek angkasa dengan kelakuan manusia.

MEMAHAMI & MEMANFAATKAN ASTRONOMI

Astronomi di anggap antara bidang sains yang tertua di dunia kerana ahli astronomi sejak dahulu lagi mencipta banyak teori daripada pemerhatian mereka mengenai fenomena yang berlaku di langit.
Astronomi berasal dari perkataan Greek iaitu (bintang) dan nomos atau peraturan @ kajin dan merupakan satu bidang kajian mengenai objek di luar angkasa seperti bintang planet, komet dan galaksi dan sebarang fenomena yang berlaku di luar bumi.

28 Mei 2009

ELEMEN

Kita kadang-kadang suka akan sesuatu warna tanpa kita sedari. Kita memilih warna rumah, warna untuk kereta atau sebagainya.. tetapi ada warna yang kita suka dan ada warna yang kita tidak suka. Mengapa? Pernahkah kita memikirkannya?
Adakah kita sedar sebenarnya warna yang kita pilih dan suka itu ada kena mengena dengan elemen kita? Bagaimana untuk kita mengetahui elemen diri kita yang sebenar? nantikan tulisan saya yang berikut..tq

HARI INI 28 MEI....

bertemu lagi setelah lama tidak menulis di blog... apa yang akan berlaku hari ini 28 Mei 2009? tajuk saya pada pagi ini. Tepat jam 11.55 pagi hingga 12.00 tengahari tepat.. akan berlaku sesuatu yang unik, dimana ia hanya berlaku setahun 2 kali sahaja. oleh itu tadahlah la air pada waktu tadi.. minum la ia atau mandilah menggunakan air tadi. Insaya Allah air tersebut ada khasiatnya tersendiri. dan dikatakan juga letak la telur di waktu itu dan telur akan berdiri.. sama -sama kita nantikan detik itu hari ini. tq

25 Mei 2009

KOMPAS GEOMETRI ALAM



INILAH KOMPAS GEOMETRI ALAM YANG TELAH LENGKAP.... ANDA AKAN MEMPEROLEHI & MEMPELAJARINYA CARA MENGGUNAKANNYA APABILA MENDAFTAR DI KELAS GEOMETRI ALAM. Sekian terima kasih

16 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Guru.....
terima kasih di atas segala didikan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini. Selamat hari guru kepada seluruh warga pendidik di tadika JKR Segamat, SK Dato Wan Idris, Sek Tinggi Segamat, Sekolah Agama Bandar Segamat, Uitm Jengka, Kolej Cosmopoint,Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras, dan semua guru Al-Quran ku,sifu Go dan mereka-meraka yang pernah mengajarku walaupun untuk satu huruf, yang pernah mendidiku secara formal dan tidak.. TERIMA KASIH GURU..... tanpa didikan, tanpa marah, tanpa rotanmu, tanpa ajaran dan tanpa kesabaran mu tidak mungkin aku jadi seperti hari ini. terima kasih guruku

Mengapa?

Boleh dikatakan semua budaya memiliki kaedah tersendiri seperti Kaedah Elemen (Tanah, Api, Air, Angin) untuk orang Melayu, Kaedah Primbon untuk masyarakat Jawa, Kaedah Ba Zi untuk orang Cina, Kaedah Numerologi untuk orang India, Kaedah Astrologi untuk orang Barat dan sebagainya. Setiap budaya membuta kajian dan penyelidikan mereka sendiri berdasarkan kepada pemerhatian, pengalaman-pengalaman mereka dan tafsiran kajian itu digunakan sebagai bentuk panduan....

Kita selalu memilih warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran kita, tetapi mengapa kita memilih warna itu? alasan yang mudah yang sering kita berikan adalah "saya suka?". tetapi pernah tak kita mengkaji mengapa kita suka warna tersebut. padahal citarasa warna kita dengan orang lain berbeza-beza dan ada yang sama.....

Mengapa?

13 Mei 2009

JIKA MASA DAHULU...

Jika pada masa dahulu, hanya orang-orang tertentu sahaja yang mendalami ilmu-ilmu berbentuk mistik memiliki kelebihan mengetahui perkara -perkara di luar penglihatn mata kasar, tetapi kini semua orang boleh memiliki ilmu-ilmu yang dikaitkan dengan mistik. Hidup ini penuh dengan kejadian dan setiap kejadian boleh diukur dan ukuran boleh dikira dan ditafsir.Kaedah sebegini bukannya untuk menilik nasib tetapi adalah sebagai suatu kaedah ikhtiar untuk menghadapi cabaran hidup dengan lebih berkesan.

Sering kali kita buntu mengahdapi sesuatu masalah, jika ia dapat diterjemahkan dalam bentuk gambaran.. ianya dapat membantu kita melihat sesuatu punca penyelesaian dengan lebih baik berbanding dengan termenung sahaja.

11 Mei 2009

MATLAMAT GEOMETRI

“Matlamat akhir geometri suci adalah untuk mencipta ruang, dalam bentuk keseimbangan fizikal. Satu cubaan dalam kesimbangan persekitaran adalah bertujuan menggambarkan keindahan dalam keharmonian sifat kemanusiaan.”
Hassan Fathy, “Architecture and Enviroment.” Arid Land Newsletter. 39 (1994)

Lebih lanjut lagi, Dikatakan apabila manusia tinggal didalam satu persekitaran yang menggambarkan keharmonian, mereka juga akan berada dalam suatu keseimbangan (harmoni).
“Hati yang cerah berupaya melihat satu petunjuk dimana membantu dalam melangkaui alam ini kepada alam yang lain!”

Sa’id al-Nursi. Mustafa Abu-Sway, “Towards an Islamic Jurisprudence of the Enviroment.” Articles. 1998

Sains geometri suci berlandaskan kesempurnaan pada gambarannya pada dunia fizikal dan ianya melambangkan betapa kuatnya kemaknusiaan ditadbir oleh geometri.

RAHSIA GEOMETRI ALAM

APAKAH GEOMETRI ALAM?

Apakah geometri alam? Soalan yang mudah tetapi sukar untuk dijawab. Geometri alam adalah ilmu sains dan seni kuno yang terbina 3000 tahun dulu di China. Ia adalah ilmu kompleks yang merungkai bagaimana mencari keseimbangan tenaga bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan diri bagi pengamalnya.

Geometri alam sebenarnya adalah Feng Shui (Cina) dan Vastu (India). Bagi maksud kuasa alam pula, masyarakat Cina menggelarnya sebagai Chi/Qi/Kundalini, Prana bagi masyarakat India, tenaga dalam atau tenaga batin bagi masyarakat melayu, cosmic/cosmos energy dalam bahasa Inggeris.

Percayakah anda bahawa dengan Geometri Alam kita boleh mengetahui dan mengenali diri sendiri serta alam sekeliling. Sebenarnya setiap sesuatu kejadian itu, Tuhan telah turunkan tanda-tanda awal atau kecil . Bezanya adakah kita kenal, tahu atau perasan akan tanda –tanda itu ataupun cuma kita tidak mahu ambil kisah.