23 Julai 2009

MUNGKINKAH TERJADI...

Assalamualaikum kawan...

Bertemu lagi kita,rasanya sudah lama saya tidak menulis di blog ini kerana kesibukan tugas di luar. Hanya dapat membalas pertanyaan diruangan shoutbox sahaja.

Kawan..
Hari ini saya akan huraikan tentang mengapa saya katakan mungkin tsunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi mungkin akan berlaku. Hari ini ialah Khamis 23 Julai 2009 bersamaan 1 Syaaban 1430 dan juga bersamaan dengan 2 hb 6 mengikut kalender Cina.Dan bermula dari semalam hinggalah 59 hari mendatang berkemungkinan berlaku perkara-perkara besar. Semalam 1 hb 6 (kalender Cina) telah berlaku gerhana matahari yang boleh di lihat dengan jelas. Bermula di awal pagi hinggalah kesannya ke petang.Mungkin anda akan fikirkan ia hanya kebetulan kerana berlaku gerhana matahari atau mungkin kerana mungkin faktor jerebu? atau mungkin anda tidak kisah dengan segala yang berlaku di sekeliling anda.. Apapun sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan kita semua dari segala malapetaka.

Mengikut perkiraan “Flying Star” (bintang terbang) tahun ini adalah Bintang Api yang akan bertukar ke Bintang Air. Apabila pertukaran Bintang Api ke Air akan berlaku perkara-perkara yang besar di bumi ini. Bulan 6 dan 7 dan mengikut kalender Cina adalah elemen emas. Elemen emas adalah seteru bagi elemen api. Berkemungkinan Elemen Api akan bertindak ke atas kedua-dua bulan tadi kerana pertentangan antara mereka.Inilah kemungkinan yang saya ramalkan. Namun begitu semuanya adalah penentuan dari Allah jua..

Untuk saya jelaskan lebih lanjut, bimbang jika anda tidak faham kerana ia memerlukan ilmu asas dalam geometri alam. Untuk lebih memahaminya jangan lupa sertai kelas Geometri Alam.
Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan