APAKAH GEOMETRI ALAM?
Apakah geometri alam? Soalan yang mudah tetapi sukar untuk dijawab. Geometri alam adalah ilmu sains dan seni kuno yang terbina 3000 tahun dulu di China. Ia adalah ilmu kompleks yang merungkai bagaimana mencari keseimbangan tenaga bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan diri bagi pengamalnya.
Geometri alam sebenarnya adalah Feng Shui (Cina) dan Vastu (India). Bagi maksud kuasa alam pula, masyarakat Cina menggelarnya sebagai Chi/Qi/Kundalini, Prana bagi masyarakat India, tenaga dalam atau tenaga batin bagi masyarakat melayu, cosmic/cosmos energy dalam bahasa Inggeris.
Percayakah anda bahawa dengan Geometri Alam kita boleh mengetahui dan mengenali diri sendiri serta alam sekeliling. Sebenarnya setiap sesuatu kejadian itu, Tuhan telah turunkan tanda-tanda awal atau kecil . Bezanya adakah kita kenal, tahu atau perasan akan tanda –tanda itu ataupun cuma kita tidak mahu ambil kisah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan