


Assalamualaikum...
Sepatutnya pagi ini saya berada di Perlis untuk memenuhi jemputan rakan baik saya di Kg Che Ok, Simpang Empat. Tapi tiket untuk ke utara telah habis ditempah, terpaksa saya menunggu minggu hadapan untuk ke sana.Pagi ini saya membaca akhbar seperti biasa, apabila terbaca ruangan Ekspresi Metro Ahad rasa terkejut bercampur bimbang menyelubungi diri. Artikel itu bertajuk Letusan Anak Krakatoa.Serba sedikit saya coretkan info mengenai artikel tersebut.
Gunung berapi yang terletak di Selat Sunda antara Pulau Jawa dan Sumatera ini pernah meletus pada tahun 1883 hingga meragut mangsa paling ramai iaitu 36,000 orang. Dikatakan tahap letupan ketika itu 13,000 lebih kuat daripada Little Boy, bom atom buatan Amerika Syarikat yang digugurkan di Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Masyarakat kini bimbang letupan itu akan berulang kerana ia bukan sahaja memuntahkan lahar, tapi turut menyebabkan berlakunya tsunami. Ombak besar yang disebabkan oleh batu-batuan yang jatuh ke dalam air laut di sekelilingnya meragut lebih banyak nyawa.
Selepas Krakatoa lenyap lenyap dan tenggelam ke dalam laut selepas meletus, sekali lagi ia mengganas dengan ramai yang menjadi mangsa dilaporkan terkorban akibat gas beracun yang menyelubungi kawasan sekitar gunung berapi itu.
Anak Krakatoa mula membesar ditempat gunung asal sejak 1972. Ia menjadi semakin tinggi akibat muntahan lahar dari pusat kawahnya yang menjadi lapisan tanah yang utuh.Pada November 2007, ia bergegardan meletup denagn kuat tapi kembali reda selepas itu, menyebabkan penduduk menyangka mereka terlepas daripada bencana.
Namun tahun ini, ia bergegar kembali. Letupannya sungguh kuat hingga menyebabkan langit bercahaya dan kawasan itu dilanda ribut.
Membaca artikel itu menyebabkan kebimbangan menyelubungi diri. Adakah akan berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi ataupun tsunami seperti yang saya ceritakan sebelum ini, sama-samalah kita tunggu dan lihat.Pada mereka yang banyak terlibat dengan aktiviti pantai baik d Malaysia atau pun di mana jua berhati-hati lah. Apa pun yang terjadi, kita perlulah mengambil ikhtibar serta berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian kita. Sesungguhnya semuanya adalah ketentuan dari
Illahi...



Tahniah bro, mcm Karam Sing Walia la ko, melaporkan huhuhuhu
BalasPadamok apa pun rujuk laa cerita-cerita dan berita sekeliling dunia anda dmana sekarang filipina di landa banjir dan taufan.. australia d landa kebakaran hutan.. China berlaku banjir dan pergolakan etnik.. di Indonesia berlaku letusan gunung krakatoa dan bermacam lagii... terima kasih
BalasPadamBAGUS GAK LPORAN nih..ader bakat menulis..:P
BalasPadamMungkinkah ia bala atau ujian daripada Allah? Lihat kembali diri kita. Apakah yg telah kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi Allah nie? Berapa byak maksiat kepada Allah dan kemungkaran yang telah kita lakukan.. Renung2kan...
BalasPadamapa pun memang ia memang dari Allah s.w.t
BalasPadam